20
Aug
Tahukah anda tarikh kemerdekaan menurut kalendar Hijrah?
Abdullah
Fahim juga mencadangkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan
selepas membuat pengiraan hisab berdasarkan takwim Hijrah iaitu pada
4 Saffar 1377H
SIAPAKAH ABDULLAH FAHIM?
Abdullah
Fahim atau nama penuh beliau Tuan
Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim Ahmad bin Haji Abdullah I merupakan
datuk Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Islam dan juga
ahli astronomi (falak).
Terdapat dua cerita tentang asal usul Abdullah Fahim. Ada yang
berkata beliau dilahirkan di Kampung Sha'ab Ali yang terletak berhampiran
dengan Masjidil Haram di Makkah pada 1870. Terdapat
juga pihak yang mengatakan bahawa Abdullah Kampung Kubur
Panjang, Kedah sebelum berpindah ke Makkah dengan bapanya Sheikh
Ibrahim Tahir, seorang ustaz di Masjidil Haram. Di situlah beliau
mendapat pendidikannya dalam bidang Islam.
Apabila dewasa, beliau mengajar astronomi, usuluddin,
ilmu al-Quran dan Hadith.
Apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1916, Abdullah
Fahim mengajar ilmu teknologi Islam di rumahnya di Kepala
Batas dan Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, Alor Setar.
Beliau dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi pengetua Madrasah
Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1931.
Abdullah
Fahim menjadi terkenal sebagai ulama masyhur di serantau pada masa
itu. Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain
sering mendapat nasihatnya dalam usaha mereka mendapat kemerdekaan. Beliaulah
yang menasihati Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya
penjajah British bersetuju memberi kemerdekaan.
Beliau
kembali ke rahmatullah pada 28 April 1961 sewaktu berusia 91
tahun.
AL-FATIHAH
semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para muslimin.